✈ Skim Latihan Pengakap Kelana Udara ⛺

SKIM LATIHAN PENGAKAP KELANA UDARA

Rujukan:



Buku Skim Latihan Pengakap Kelana, Skim Latihan Pengakap Kelana Udara
(Terbitan Oktober 2010)


LENCANA KEAHLIAN

Bagi Ahli Baru sebelum dilantik sebagai Ahli Kelana, perlulah mengambil ujian Lencana Keahlian yang disediakan khusus untuk Pengakap Kelana terlebih dahulu sebelum memulakan Latihan Bahal Kelana. Bagi mereka yang  telah menjadi Ahli Pengakap Remaja, mereka tidak perlu menjalani ujian berkenaan, tetapi hanya perlu melalui satu Istiadat Meningkat Naik Pengakap Remaja ke Pengakap Kelana untuk dilantik sebagai Ahli Bakal Kelana.

Lencana ini dianugerahkan kepada Ahli Kelana, sebagai mengakui bahawa ia adalah seorang Ahli dalam Persaudaraan Pengakap Malaysia dan Sedunia yang luas itu.

Sebelum dilantik menjadi Ahli Kelana dan dianugerahkan Lencana Keahlian, seorang bakal Kelana akan diuji dalam perkara-perkara berikut, untuk memberi pengetahuan dan kemahiran asas dalam berpengakap.

1.    Memahami dan menerima Persetiaan & Undang-undang Pengakap.
2.    Dapat menerangkan Tujuan pergerakan Pengakap dan menyedari peranan Pengakap Kelana.
3.    Mengetahui sejarah pergerakan Pengakap di Malaysia dan pergerakan Pengakap Antarabangsa.
4.    Menjalankan kerja-kerja amal kepada masyarakat setempat bersama pasukan seminima ENAM (6) jam.
5.    Mengetahui cara mengikat dan menggunakan simpulan dan ikatan berikut:-
a)    Buku Sila (Reef Knot)
b)    Bunga Geti (Sheet Bend)
c)    Simpul Manuk (Clove Hitch)
d)    Tindik Kasih (Bowline)
e)    Lilit Dua Simpul (Round Turn and Two Half Hitch)
f)     Lilit Pemati Biasa (Common Whipping)
g)    Ikatan Seraya (Square Lashing)
h)    Ikatan Serong (Diagonal Lashing)
6.    Mengamalkan ajaran agama masing-masing.


LENCANA WAJIB

LENCANA KEMAHIRAN

Lencana ini dianugerahkan kepada Ahli Kelana, sebagai mengakui berbagai kemahiran, kegiatan dan aktiviti luar dengan memperlihatkan tahap tertinggi dalam melaksanakan program dan kegiatan seperti berkhemah, projek perintis, ikhtiar hidup dan pandu arah.

A.    Berkhemah
1.    Pengetahuan dan kebolehan berkhemah secara teori dan praktikal berdasarkan tajuk-tajuk berikut:-
a.Pengurusan dan pentadbiran perkhemahan.
b.Persediaan sebelum, semasa dan selepas perkhemahan.
c.        Pemilihan tempat dan tapak, penyediaan peralatan dan makanan.
d.Jenis khemah dan cara mendirikannya.
e.Dapur, alatan dan Gejet serta kegunaannya.
f.      Aktiviti dan program perkhemahan. Kesihatan dan Kebersihan.
g.Aturan Penutupan Perkhemahan.
2.    Perkara yang perlu dibuat oleh setiap calon:
a.        Berkhemah seminima 10 malam di dalam siri-siri perkhemahan dan     menyediakan laporan perkhemahan.
b.        Mendirikan khemah kecil / pondok untuk perlindungan.
B.    Projek Perintis
1.    Mengambil bahagian berkumpulan membuat SATU Projek Perintis bagi setiap kategori yang dinyatakan di bawah:
a.Jambatan
b.Menara
c.        Lain-lain (merangkumi projek perintis pengangkutan, permainan dan selain daripada yang dinyatakan di atas)
2.    Menyediakan model bagi semua Projek Perintis yang telah dibina dalam (1).
3.    Pengurusan Kuartermaster
Menyatakan, memahami dan menjalankan peranan sebagai Kuartermaster yang menguruskan segala peralatan dan bahan projek perintis supaya berada dalam keadaan baik, teratur dan selamat.
C.   Kawad
1.    Mengetahui tatacara dan hukuman kawad berikut:-
a.Kawad Kaki
b.Kawad Tongkat Pengakap
c.        Mengetahui dan memenuhi segala syarat untuk menjadi seorang Ketua Kawad.
D.   Orienteering
1.    Mengetahui asas orienteering dan dapat mengaplikasikannya di dalam pelbagai siri latihan dan aktiviti yang dijalankan.
E.    Ikhtiar Hidup
1.    Mengetahui asas ikhtiar hidup dan dapat mengaplikasikannya di dalam pelbagai siri latihan dan aktiviti yang dijalankan.
F.    Penganggaran

1.    Mengetahui sistem penganggaran dan dapat mengaplikasikannya di dalam pelbagai siri latihan dan aktiviti yang dijalankan.

LENCANA PERKHIDMATAN

Lencana ini dianugerahkan kepada Ahli Kelana, sebagai mengakui berbagai kemahiran bantu mula, ilmu pengetahuan Pertolongan Cemas, pemeliharaan alam sekitar dan kecekapan dengan memperlihatkan tahap tertinggi dalam melaksanakan perkhidmatan.

A. Bantu Mula – wajib
1.    Ahli Pengakap Kelana dikehendaki mengikuti latihan atau kursus yang diakui oleh mana-mana persatuan atau mana-mana Pegawai Perubatan bertauliah dengan mengendalikan latihan rawatan pertolongan cemas dalam jangka masa tertentu
2.    Ahli Pengakap Kelana hendaklah mempunyai pengetahuan berkenaan seperti butiran dibawah dan juga mempunyai kemahiran bertindak memberi rawatan kecemasan:
a)    Mengetahui tujuan dan peraturan rawatan kecemasan dan keadaan yang memerlukannya.
b)    Mengetahui dan memahami struktur tubuh badan dan peranannya.
c)    Mengetahui peredaran darah manusia serta jenis pembuluh.
d)    Mengetahui jenis-jenis luka serta jenis pembalutan serta cara menghentikan pendarahan dari mulut, hidung dan telinga.
e)    Mengetahui cara merawat gigitan serangga, binatang kecil dan binatang berbisa.
f)     Mengetahui punca dan cara merawat keracunan daripada makanan, bahan kimia dan lain-lain.
g)    Mengetahui sistem pernafasan manusia dan merawat permasalahan bantu mula bagi permasalahan dengan sistem pernafasan.
h)    Mengetahui dan mengaplikasikan teknik pemulihan pernafasan.
i)      Mengetahui dan merawat jenis patah tulang dan anduhan serta cara memindahkan mangsa yang tercedera.
j)      Mengetahui Peti Pertolongan Cemas serta alatan di dalamnya.

B. Kebajikan Am – wajib
Menganjurkan suatu projek Perkhidmatan Masyarakat yang melibatkan masyarakat setempat.
DAN (Minima SATU daripada Bahagian C dan D)

C. Pemelihara Alam Sekitar
1.    Ahli Pengakap Kelana Dikehendaki berhubung dengan Pesuruhjaya Daerah atau Jawatankuasa Program Daerah untuk menentukan projek-projek kempen pemeliharaan alam sekitar yang dapat dijalankan di tempat masing-masing dalam tempoh 3 bulan.
2.    Antara projek-projek yang disyorkan adalah seperti:-
a)    Kempen Kebersihan Alam Sekitar
b)    Kempen Kitar Semula
c)    Kempen Kawasan Angkat Krew

D. Kebajikan
1.    Menjalankan projek bantuan yang boleh disampaikan kepada mangsa bencana alam.
2.    Menjalankan Projek Anak Angkat Krew Pengakap Kelana sama ada kepada Kumpulan-kumpulan Pengakap atau Kawasan-kawasan yang bersesuaian untuk perkhidmatan berterusan.
3.    Menderma darah seminimum 3 kali kepada hospital Kerajaan atau Pusat Darah.
4.    Menjalankan perkhidmatan di Rumah-Rumah Kebajikan.


LENCANA PENGEMBARAAN

Lencana ini dianugerahkan kepada Ahli Kelana, sebagai mengakui berbagai kegiatan dan aktiviti pengembaraan dengan memperlihatkan tahap tertinggi dalam melaksanakan program dan rancangan pengembaraan tersebut.

  1. Pengembaraan
    1. Menjalankan SATU daripada pilihan pengembaraan berikut:
a)      Berjalan kaki sejauh 60km (masa bermalam: minima 2 malam).
b)      Berdayung sampan/rakit/kayak sejauh 30km  (masa bermalam: minima 2 malam).
c)      Berbasikal sejauh 100km  (masa bermalam: minima 2 malam).
d)      Bermotosikal sejauh 500km  (masa bermalam: minima 2 malam).
e)      Berkereta sejauh 800km  (masa bermalam: minima 2 malam).
f)       Berkenderaan awam (bas/keretapi) sejauh 1000km  (masa bermalam: minima 2 malam).
  1. Laporan Pengembaraan
    1. Menyediakan buku log pengembaraan yang lengkap dan dikemaskini yang disertakan bahan sokongan seperti gambar, lakaran, peta, rakaman video dan menyerahkan kepada Penilai dalam tempoh 15 hari selepas tamat pengembaraan.
    2. Bahan sokongan seperti gambar, gambar rajah, peta, rakaman video dan seumpamanya hendaklah diserahka kepada Penilai bersama Buku Log Pengembaraan.
  2. Persediaan Perjalanan
    1. Setiap pengembaraan perlu ada persediaan dan destinasi hendaklah dirancang terlebih dahulu.
    2. Tempat-tempat sejarah dan rekreasi, perusahaan kampung, penghidupan kelompok kecil, penempatan orang asli dan tempat yang boleh memberi cabaran eloklah dimasukkan ke dalam program pengembaraan.
    3. Rancangan pengembaraan hendaklah dipersetujui oleh Ketua Kelana, Ketua Kelana hendaklah memberi nasihat, panduan serta peraturan bagi memastikan pengurusan pengembaraan itu mengikut cara berpengakap.
    4. Mesti mengetahui cara menyediakan Buku Log Pengembaraan. Perkara penting yang wajib ada:
a)      Tarikh, masa, tempat, waktu tiba dan waktu berlepas.
b)      Peta pengembaraan dan gambaran keadaan alam semula jadi.
c)      Rekod temuramah, kajian dan pendapat.
d)      Projek (jika dikehendaki membuat projek, lokasi penyertaan masyarakat, masalah, kejayaan.)
e)      Cetusan rasa digambarkan melalui lukisan, foto, rakaman, video, puisi dan sebagainya.
f)       Langkah keselamatan hendaklah diutamakan. (penilaian & risiko)
  1. Peringatan
    1. Melaksanakan pengembaraan di dalam satu krew di antara dua hingga empat orang sahaja. Pemakluman Pengembaraan dan kebenaran Pesuruhjaya Daerah serta pihak berkuasa (Polis, Jabatan Hutan) hendaklah diperoleh sebelum pengembaraan dimulakan.
    2. Hendaklah sentiasa menjaga imej Pengakap Kelana dan juga menunjukkan contoh teladan yang baik kepada masyarakat.
  2. Kajicuaca
    1. Mencatatkan pemerhatian keadaan cuaca di sepanjang pengembaraan dengan format yang lengkap seperti catatan keadaan cuaca semasa, kedudukan arah angin, bacaan suhu, ketinggian (altitude), jenis awan dan lain-lain yang berkaitan dengannya.

LENCANA PILIHAN (PILIH SATU)

 LENCANA KEPIMPINAN

Lencana ini dianugerahkan kepada Ahli Kelana, sebagai mengakui berbagai kemahiran, kepimpinan dan pengurusan dengan memperlihatkan tahap tertinggi dalam melaksanakan program seperti Kursus, Seminar, Bengkel, Campfire Night.

Menjalankan salah satu daripada perkara-perkara berikut :

A.   Kursus Kepinpinan Manikayu
Menghadiri Kursus Kepimpinan Manikayu sehingga Peringkat II.

ATAU

B. Pengurusan Acara
Mengetuai sebuah Jawatankuasa atau mengambil bahagian dalam sebuah jawatankuasa penganjuran sesuatu acara contohnya : Perkhemahan Daerah, Jambori, Perhimpunan Kelana, Forum, Seminar, Bengkel, Kursus dan lain-lain.

ATAU

C. Kursus Pemantapan
Menghadiri kursus pemantapan dan kecermelangan diri contohnya : Kursus Motivasi, Kursus Pengurusan Masa, Kursus Pendidikan Kesihatan dan Lain-lain.
 
ATAU

D. Komunikasi dan Pengucapan Awam
Menghadiri kursus Pencucapan Awam dan Komunikasi yang dianjurkan oleh pihak yang bertauliah.
 
ATAU

E. Pentadbiran
Menjawat jawatan pentadbiran dan di dalam mana-mana persatuan yang diiktirafkan dan sah dariundang-undang.

ATAU

F. Anugerah Kepimpinan

Menerima Anugerah Kepimpinan daripada mana-mana organisasi dan agensi contohnya : Anugerah Kepimpinan Perdana, Anugerah Remaja Perdana, Anugerah Kepimpinan Belia dan lain-lain.

LENCANA ICT

Lencana ini dianugerahkan kepada AhIi Kelana, sebagai mengakui berbagai kemahiran, kegiatan dan aktiviti luar dengan memperlihatkan tahap tertinggi dalam teknologi komunikasi maklumat dan hubungan antarabangsa.

A. Teknologi Maklumat.
1. Menjalankan aktiviti-aktiviti berikut:
a)    Mengetahui perkara-perkara asas berkenaan pengendalian komputer.
b)    Boleh melayari internet menggunakan enjin pencarian untuk proses pencarian maklumat.
c)    Menyediakan sebuah persembahan / laporan / log yang sesuai dengan menggunakan perisian-perisian berikut bagi:
                                                i.    Windows, Linux, Macintosh.
                                               ii.    Microsoft Office Word, Excel dan Power Point.
d)    Menghasilkan sebuah persembahan multimedia.
e)    Menghasilkan dan mentadbir sebuah laman web seminima 3 bulan.

ATAU

B. Komunikasi dan Perhubungan
1. Menjalankan aktiviti-aktiviti berikut:
a)    Mengirim berita menggunakan Kod Morse (Lampu atau buzzer) dengan kelajuan seminima 15 perkataan seminit.
b)    Mengirim berita menggunakan isyarat bendera Semaphore dengan kiraan seminima 25 perkataan seminit.
c)    Lulus peperiksaan Lesen B Radio Amatur yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)

ATAU

C. Perhubungan Antarabangsa
1. Melibatkan diri secara aktif di dalam mana-mana aktiviti Kelana peringkat antarabangsa atau menjalankan aktiviti yang menghubungkan persaudaraan di antara Kelana Malaysia dan Kelana-Kelana Antarabangsa.

LENCANA EKSTREM

Lencana ini dianugerahkan kepada Ahli Kelana, sebagai mengakui berbagai kemahiran, kegiatan dan aktiviti lasak luar seperti mendaki, menyelam, eksplorasi, berakit dan aktiviti ekstrem dengan memperlihatkan tahap tertinggi dalam melaksanakan program dan kegiatan tersebut.
Telah melibatkan diri seminima (3) TIGA kali di dalam mana-mana (1) SATU daripada kegiatan ekstrem dibawah:
1.    Mendaki Gunung
2.    Menyelam Skuba (Scuba Diving)
3.    Berakit di Air Deras (White Water Rafting)
4.    Berkayak di laut / sungai (Kayaking)
5.    Eksplorasi Gua (Caving)
6.    Memanjat tembok batu (Wall / Rock Climbing)
7.    Paintball dan Sukan-sukan Ekstrem yang lain
8.    Lain-lain aktiviti yang dinilai berkaitan dengan aktiviti ekstrem.

LENCANA KEUSAHAWANAN

Lencana ini dianugerahkan kepada Ahli Kelana, sebagai mengakui berbagai kemahiran tahap tertinggi, kegiatan dan rancangan seperti penternakan, perikanan, pertanian, perladangan dan perniagaan dengan memperlihatkan dalam melaksanakan program dan  perkhidmatan.

Menjalankan salah SATU daripada aktiviti-aktiviti keusahawanan seperti berikut selama meninima (6) ENAM bulan dan menyediakan penyeta kewangan yang lengkap dan disahkan;
1.    Penternakan
2.    Perikanan
3.    Pertanian
4.    Perladangan
5.    Perniagaan
Nota: Bahan sokongan seperti gambar, kertas kerja, rakaman video dan seumpamanya hendaklah diserahkan kepada Penilai bersama Laporan projek. 

LENCANA PENYELAMAT NYAWA

Lencana ini dianugerahkan kepada Ahli Kelana, sebagai mengakui berbagai kemahiran dan ilmu pengetahuan tahap tertinggi dalam melaksanakan program dan perkhidmatan penyelamat nyawa, khidmat bantu mula, pengurusan risiko dan ikhtiar hidup.
                                 
Memiliki salah SATU daripada EMPAT kelayakan menyelamat nyawa seperti dibawah dan sentiasa bersiap sedia dalam memberikan perkhidmatan :
1.    Outdoor Survival.
2.    Pertolongan Cemas peringkat tertinggi (Advance).
3.    Bronze Cross.
4.    Pengurusan Risiko (Risk Management Course).


Nota: Bahan sokongan seperti gambar, rakaman video dan salinan sijil dan seumpamanya hendaklah diserahkan kepada Penilai bersama Laporan berkenaan. 

LENCANA KEMAJUAN PENGAKAP KELANA UDARA

LENCANA AHLI UDARA KANAN KELAS II(SENIOR AIRMAN CLASS II)

Lencana ini dianugerahkan kepada Ahli Kelana Udara, sebagai mengakui berbagai pengetahuan kemahiran dalam perkara berhubung dengan Undang-Undang Udara, teori Penerbangan, meteorologi, pengoperasian udara dan pengoperasian daratan serta fungsi Jabatan Penerbangan Awam (DCA)
1.    Undang-Undang Udara
a)    Mengetahui dan menerangkan mengenai Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dan fungsi-fungsinya.
b)    Mengetahui dan menerangkan perbezaan VFR, IFR dan Special VFR.
c)    Mengetahui dan menerangkan jenis-jenis ruang udara, yang dikawal dan tidak dikawal.
d)    Mengetahui dan menerangkan maksud MSA, MEA, MAA dan Lowest Safety Altitude dan mengetahui peraturan quadrantal dan semi-circular.
e)    Mengetahui dan menerangkan mengenai publikasi udara seperti AIP, AIC, MCAR dan sebagainya.
f)     Mengetahui dan menerangkan syarat-syarat C of A, C of R, CMR, MEL, CDL, Lesen Radio dan beberapa dokumen penerbangan yang wajib dibawa semasa penerbangan.
g)    Mengetahui dan menerangkan tempoh sah laku lessen seperti ATPL, CPL, PPL dan SPL serta syarat-syarat yang dikenakan ke atasnya.
2.    Teori Penerbangan
a)    Mengetahui dan menerangkan prinsip aerodinamik pesawat terbang serta formula daya angkat.
b)    Mengetahui dan menerangkan mengenai keseimbangan daya-daya yang terlibat dalam proses aerodinamik.
c)    Mengetahui dan menerangkan bahagian-bahagian permukaan kawalan dan mengetahui paksi pergerakan pesawat di tiga paksi iaitu dongakan (pitch), olengan (roll), dan rewangan (yaw).
d)    Mengetahui dan menerangkan bentuk-bentuk sayap kepak kaku serta mengetahui fungsi permukaan kawalan sekunder seperti flap dan spoiler.
e)    Mengetahui dan menerangkan definisi-definisi aerofoil serta istilah-istilah teknikalnya.
f)     Mengetahui dan menerangkan jenis-jenis enjin pesawat dan prinsip operasi enjin.
3.    Meteorologi
a)    Mengetahui dan menerangkan mengenai ukuran-ukuran utama bagi penentuan cuaca lapangan terbang.
b)    Mengetahui dan menerangkan bahagian-bahagian atmosfera.
c)    Menerangkan tentang International Standard Atmosphere serta Enviromental Lapse Rate, iaitu DALR dan SALR.
d)    Mengetahui dan menerangkan dan mengenali jenis-jenis awan dan proses pembentukannya.
e)    Mengetahui dan menerangkan dan membincangkan proses kejadian hujan.
f)     Mengetahui dan menerangkan hubungan antara tekanan dan pergerakan angina.
g)    Menerangkan proses kejadian bayu laut dan bayu darat.
h)    Menerangkan beberapa proses pembentukan kabus yang berbeza.
i)      Menerangkan pelbagai jenis ais kerangka pesawat dan pembentukannya.
4.    Operasi Udara
a)    Mengetahui dan menerangkan perbezaan di antara jenis-jenis lapangan terbang.
b)    Mengetahui dan menerangkan satu contoh sumber data sesebuah lapangan terbang.
c)    Mengetahui dan menerangkan simbol dan papan tanda lapangan terbang.
d)    Mengetahui dan menerangkan lampu-lampu lapangan terbang.
e)    Mengetahui dan menerangkan penunjuk arah angina dan kepentingannya semasa melakukan pendaratan dan pelepasan.
f)     Mengetahui dan menerangkan susunan trafik lapangan terbang.
g)    Mengetahui dan menerangkan kawasan trafik udara dan sistem komunikasi radio yang terlibat.
h)    Mengetahui dan menerangkan sistem dan kelengkapan yang digunakan dalam kawalan trafik udara.
i)      Mengetahui dan menerangkan wake turbulence atau gelora olak dan kaedah pemisahan.
j)      Mengetahui dan menerangkan system anti bertembung atau anti-collision.
5.    Operasi Daratan
a)    Mengetahui dan menerangkan tentang kaedah keselamatan dan sekuriti kawasan ramp.
b)    Mengetahui dan menerangkan mengenai pengurusan bagasi dan kargo.
c)    Mengetahui dan menerangkan prosedur sekiranya terdapat sebarang kemalangan.
d)    Mengetahui dan menerangkan spesifikasi timbang dan berat sesebuah pesawat.
e)    Mengetahui dan menerangkan cara-cara pengisian di dalam pesawat atau loading.
f)     Mengetahui dan menerangkan apa itu barangan yang bahaya dan berisiko.
g)    Mengetahui dan menerangkan cara-cara pengantar keluaran kapal atau aircraft dispatching.
h)    Menunjukkan isyarat-isyarat dan kaedah-kaedah marshalling di antara krew darat dan krew udara.
i)      Memahami bahaya-bahaya yang wujud di lapangan apron seperti FOD dan jet blast.
j)      Mengetahui dan berupaya menerangkan peraturan keutamaan bagi pergerakan pesawat dan kenderaan lain di darat.

LENCANA AHLI UDARA KANAN KELAS I(SENIOR AIRMAN CLASS I)

Lencana ini dianugerahkan kepada Ahli Kelana Udara, sebagai mengakui berbagai pengetahuan dan kemahiran dalam perkara berhubung dengan teknikal pesawat, meteorologi lanjutan, navigasi, had kemampuan manusia, pengetahuan pengurusan trafik udara dan operasi penerbangan.
1.    Teknikal Pesawat
a.    Mengetahui dan menerangkan lampu-lampu isyarat yang terdapat pada pesawat dan mengetahui penggunaannya.
b.    Mengetahui dan menerangkan instrument utama alat radas yang dibawa di dalam pesawat terbang.
c.    Mengetahui dan menerangkan secara asas alat-alat navigasi radio yang utama.
d.    Mengetahui dan menerangkan bahagian-bahagian enjin pesawat.
e.    Mengetahui dan menerangkan kaedah-kaedah walk-around.
f.     Mengetahui dan menerangkan V1, VR dan V speed yang lain.
2.    Meteorologi Lanjutan
a.    Mengetahui dan menerangkan maksud istilah-istilah meteorology seperti CAVOK, NOSIG, NSC, SKC, TEMPO, BCMG, PROB, METAR, TAFOR, SPECI, SIGMET dan sebagainya.
b.    Mengetahui dan menerangkan kod-kod cuaca yang digunakan di dalam METAR, TAFOR, SPECI dan SIGMET.
c.    Menafsirkan maklumat yang terkandung di dalam suatu METAR, TAFOR, SPECI atau SIGMET ke dalam bahasa yang mudah difahami.
d.    Menerangkan mengenai ATIS.
e.    Menafsirkan suatu transmisi ATIS ke dalam bahasa yang mudah difahami.
f.     Memahirkan diri dengan Significant Weather Chart dan menerangkan simbol-simbol yang lazim digunakan di dalam carta tersebut.
3.    Navigasi
a.    Mengetahui dan menerangkan jenis-jenis carta dan peta yang digunakan dalam navigasi dan simbol-simbol yang lazim digunakan.
b.    Mengetahui dan menerangkan mengenai latitude dan longitude serta great circle, rhumb line dan istilah navigasi lain.
c.    Mengetahui dan menerangkan arah mata angin azimut.
d.    Mengetahui dan menerangkan mengenai heading, track dan drift.
e.    Mengetahui dan menerangkan tentang one-in-60 rule.
f.     Mengetahui dan menerangkan mengenai Grid MORA dan aras selamat yang lain.
g.    Mengetahui dan menerangkan Koordinasi Waktu Dunia, UTC.
h.    Menentukan waktu ETA dalam waktu tempatan dalam satu latihan yang diberikan oleh penguji.
4.    Had Kemampuan Manusia
a.    Mengetahui dan menerangkan mengenai hypoxia dan gejala-gejalanya.
b.    Mengetahui dan menerangkan mengenai hyperventilation dan gejala-gejalanya.
c.    Mengetahui dan menerangkan mengenai mabuk udara dan gejala-gejalanya.
d.    Mengetahui dan menerangkan decompression sickness dan time of useful consciousness.
e.    Mengetahui dan menerangkan vertigo dan disorientation.
f.     Mengetahui dan menerangkan alkohol dan kesan-kesan buruk kepada penerbangan.
5.    Pengetahuan Pengurusan Trafik Udara
a.    Mengetahui dan menerangkan bahagian-bahagian di dalam kawasan lapangan terbang.
b.    Mengetahui dan menerangkan bahagian-bahagian dalam litar atau circuit lapangan terbang.
c.    Mengetahui dan menerangkan bahagian-bahagian dalam kawalan trafik udara seperti delivery, ramp, ground, tower, approach dan sebagainya serta fungsinya.
d.    Memahami proses dokumentasi seperti Pelan Penerbangan.
e.    Mengenali dan boleh membezakan tanda-tanda isyarat runway, taxiway dan ramp.
f.     Mengenali lampu-lampu isyarat runway, taxiway dan ramp di waktu malam.
6.   Operasi Penerbangan
a.    Mengetahui dan menerangkan perbezaan bahan api – bahan api yang digunakan oleh pesawat-pesawat yang berlainan.
b.    Menunjukkan asas pengiraan bahan api.
c.    Menerangkan mengenai destinasi alternative dan cara menentukan dan memilihnya.
d.    Mengetahui dan menunjukkan kaedah mengisi pelan penerbangan ICAO.
e.    Menerangkan mengenai asas-asas kaedah-kaedah departure dan arrival, seperti SID, STAR dan sebagainya.
f.     Merancang satu perjalanan menggunakan carta Jeppesen atau seumpamanya.

ANUGERAH BADEN-POWELL (BP AWARD)

Setelah seseorang Pengakap Kelana Udara itu memenuhi syarat-syarat Lencana-Lencana Pengakap Kelana iaitu 3 Lencana (Wajib) dan 1 Lencana (Pilihan), Pengakap Kelana Udara itu akan dianugerahkan Tanda Cemerlang Rambu Pengakap Kelana Anugerah Baden Powell dan pemakaian Epolet B-P Award.
1.    Untuk mendapatkan Anugerah B-P ini, Pengakap Kelana Udara tersebut hendaklah berumur di antara 18-25 tahun sahaja.
2.    Borang Pencalonan Anugerah B-P disediakan oleh pihak Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia.
3.    Sijil dan Anugerah B-P ini, akan dikeluarkan oleh Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia.



📸 Instagram Feed 📱